JAWAPAN :
BERGANTUNG
Secara semula jadi, rambut kita menghasilkan minyak yang dipanggil ‘sebum’, sebum ini penting untuk kulit kepala kekal dalam keadaan lembab dan tidak terlalu kering, untuk menghasilkan benteng pertahanan bagi kulit kepala dan rambut. Bila kulit kepala tak dilindungi oleh sebum, jangkitan kuman akan mudah berlaku.
Shampoo tugasnya ialah buang segala minyak ‘sebum’ tadi dan segala kotoran di kepala dan rambut.
Sebab itu jawapannya BERGANTUNG.
BERGANTUNG kepada jenis keadaan setiap individu.
PERLU SHAMPOO SETIAP HARI :
- bekerja jenis berpeluh yang banyak
- buat kerja yang rambut terdedah kepada kotoran
Kalau kerja dalam aircond, rambut dan kulit kepala pun tak kerap berpeluh banyak, TAK PERLU SHAMPOO SETIAP HARI. Boleh selang beberapa hari sekali.
