Jawapan:
Ramai pelancong yang tertukar antara keropok lekor dan Keropok Losong.
Jadi kali ini mari kita rungkaipakah perbezaan ataupun persamaan yang sebenarnya menjadi tanda tanya.
Keropok Lekor :
Keropok Lekor adalah sejenis makanan yang terkenal di pantai timur Malaysia yang berasal dari negeri Terengganu , Kelantan.
Nama Lekor itu sendiri diambil keran bantuknya yang panjang Keropok Lekor adalah diperbuat daripada isi ikan tertentu yang dikisar dan dicampur isi sagu dan tepung.
Keropok ini dibentuk secara panjang seperti sosej tetapi lebih panjang. ia juga boleh disediaakn dalam bentuk rebus atau goreng.
Keropok Losong :
Keropok Losong sebenarnya adalah kerepok lekor yang terkenal di Losong, Terengganu.
Nama “keropok losong” diambil dari kawasan tersebut, tetapi ia adalah makanan yang sama dengan kerepok lekor, iaitu snek yang diperbuat daripada ikan yang dikisar, dicampur dengan tepung dan rempah, kemudian dibentuk panjang dan digoreng atau direbus.
Perbezaan hanya pada nama tempat, sementara proses dan bahan tetap sama. Kerepok lekor atau keropok losong terkenal kerana teksturnya yang lembut di dalam dan rangup di luar.
