Jawapan:
Betul sangat tu, ubi rebus ni memang pilihan klasik masa hujan. Aroma ubi panas yang baru keluar dari kukusan tu boleh naikkan selera! Berikut cara untuk buat makanannya lebih nikmat:
A.) Cara Penyediaan Ubi Rebus:
1.) Pilih ubi kayu segar – pastikan kulit luar licin dan tak lembik.
2.) Potong ikut saiz kegemaran, buang kulit, dan basuh bersih.
3.) Rebus dalam air yang ditambah sedikit garam – garam ni rahsia bagi rasa ubi lebih sedap.
4.) Tambah daun pandan masa merebus – harumannya buatkan rasa ubi lebih menyelerakan.
B.) Pelengkap Cicahan untuk Ubi Rebus:
Kelapa Parut dan Gula Merah
1.) Kukus kelapa parut dengan sedikit garam.
2.) Cairkan gula merah jadi kuah pekat. Cicah ubi dengan kelapa dan siram gula merah –memang fuhh, kenangan kampung terus terasa.
Sambal Tumis
Selain itu, Pedas manis sambal tumis ikan bilis. Padu sangat untuk lawan rasa ubi yang plain.
Gula & Garam
Simple dan tradisional. Celupkan hujung ubi dalam campuran gula dan garam.
Kari atau Kuah Lemak. Kalau ada baki kari ayam atau ikan, jadikan cicah untuk rasa berempah pekat.
Minuman Sampingan:
Kopi O panas – klasik kampung vibe.
Teh susu – lembut dan creamy.
Sambil hujan renyai-renyai atau lebat, makan ubi rebus panas ni memang buatkan rasa bahagia. Selamat Mencuba!
