Jawapan:
Tan Sri P. Ramlee adalah ikon seni Malaysia yang dikenali sebagai seniman serba boleh. Berikut adalah biodata ringkas beliau:
Nama penuh: Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
Tarikh lahir: 22 Mac 1929
Tempat lahir: Pulau Pinang, Malaysia
Meninggal dunia: 29 Mei 1973, di Kuala Lumpur, Malaysia
Kerjaya: Pelakon, penyanyi, pengarah, penulis skrip, dan komposer
Pencapaian:
i. Memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa, termasuk di Festival Filem Asia.
ii. Dikenang melalui lebih 60 filem dan lebih 250 lagu ciptaan beliau.
Filem terkenal: Bujang Lapok, Madu Tiga, Tiga Abdul, Ibu Mertua Ku.
Lagu popular: Getaran Jiwa, Azizah, Di Mana Kan Ku Cari Ganti.
P. Ramlee dikenang bukan sahaja sebagai seorang seniman tetapi juga sebagai seorang tokoh yang memperjuangkan seni dan budaya Melayu. Karya beliau terus relevan dan dihargai hingga ke hari ini. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah Buat Allayarham.

Kredit: Berita Harian