Adakah Ubat Gigi Mu’min buatan Cina/Non-Muslim? Ini Jawapannya

Jawapan: Ubat Gigi Mu’min adalah produk keluaran Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang ditubuhkan di Malaysia...

Jawapan:

Ubat Gigi Mu’min adalah produk keluaran Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2001.

Syarikat ini berpegang kepada prinsip halal dan memastikan setiap proses pengilangan memenuhi garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mu’min juga melibatkan Perunding Syariah serta memantau proses pengeluaran untuk memastikan produknya bebas daripada bahan haram atau meragukan.

Ini menjelaskan bahawa Ubat Gigi Mu’min bukan buatan Cina atau dihasilkan oleh pihak bukan Muslim, tetapi adalah produk tempatan yang komited kepada keperluan halal dan berkualiti untuk pengguna Muslim di Malaysia dan global

Ciapan Facebook

SAYA DAH TUKAR
1. Baru ni saya berkenalan dgn Dato Zaihal Mu’min

3. Dia pemilik brand Mu’min.

4. Pengeluar ubat gigi, sabun dan mcm mcm produk toiletries tempatan.

5. Benda first saya saya tanya, ubat gigi buat dari apa? Hahahah saya selalu curious apa benda ubat gigi kita pakai ni

6. Dia cakap dia guna limestone dari Baling. Banyak produk lain guna limestone import. Dia prefer local ingredient.

7. Saya tanya lagi berapa SKU produk dia ada, dia kata ada lebih 100… sangat banyak.

8. Kilang dia kat Penang.. sblm ni kat Kota Damansara Selangor tapi dia pindah Kedah buat kilang besar.

9. Dashat. Modal kasar ni. Dan dia dah berpuluh tahun di pasaran dan available di beribu pasaraya dan kedai runcit seluruh Malaysia.

10. Sebenarnya banyak brand Malaysia / Tempatan mampu keluarkan brand mcm jenama antarbangsa.

11. So bila ubat gigi Fresh & White saya habis beberapa hari lepas, saya decide nak tukar…Beli Mukmin.

12. Sokong kenalan saya , rakyat Malaysia yang mampu keluarkan produk hebat.

13. Dan hari ni start pakai.. saya rasa gigi saya bersih sepanjang hari. sama mcm ubat gigi omputeh.

14. Saya dah tukar.

Sumber: FB Naz Daim: https://www.facebook.com/share/p/u9Th4pwccr4fTZtx/?mibextid=wwXIfr

  • About
    MUHAMMAD FANSURI UKHRAWI KAMARUDZAMAN

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Translate »