Jawapan:
Berikut adalah tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Perlis semasa musim cuti sekolah:
1. Gua Kelam
Terletak di Kaki Bukit, Gua Kelam terkenal dengan keindahan gua batu kapur yang mempunyai laluan kayu sepanjang 370 meter.
Sepanjang di dalam gua tersebut anda boleh melihat suasana gua batu kapur yang sangat memukau dan pastinya sesuai untuk dijadikan santapan mata.
Tidak hanya itu, anda juga boleh berekreasi di kawasan sekitarnya sama ada untuk mandi, berkelah dan meneroka gua lain( dengan bantuan orang yang mahir dan berlesen)
2. Taman Ular dan Reptilia Perlis
Menempatkan pelbagai spesies ular dan reptilia lain. Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin belajar tentang hidupan liar dalam persekitaran yang selamat.
3. Tasik Melati
Tasik yang dihiasi oleh pokok pokok yang menghijau di sekitarnya dan tumbuhan teratai serta air tasiknya yang jernih dan bersih sangat sesuai untk berekreasi dan berkelah bersama keluarga yang tersayang.
Jika anda bernasib baik lagi, anda akan berpeluang untuk melihat perlumbaan bot kawalan jauh yang dimainkan oleh para penggemar aktiviti tersebut.
4. Padang Besar
Tempat membeli-belah yang popular berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Anda boleh mendapatkan barangan murah seperti pakaian, makanan, dan cenderamata.
Tidak hanya itu, premis premis perniagaan di sana juga sangat bersih membuatkan anda dapat membeli belah dengan selesa.
5. Wang Kelian
Wang Kelian adalah tempat terbaik kepada anda semua yang merupkan peminat pemandangan yang indah.
Jika anda datang pada waktu awal pagi sekitar 7 hingga 8 anda akan berpeluang untuk melihat pemandangan matahari terbit yang sangat memukau disertai dengan awan karpet yang sangat indah,
Bagi mendapatkan pengalaman dan pemandangan terbaik anda di sarankan untuk naik ke “View Point”
Taman Negeri Perlis
Lokasi ini sesuai untuk pencinta alam dengan aktiviti mendaki, melihat flora dan fauna, serta menikmati pemandangan hutan tropika.
7. Muzium Kota Kayang
Muzium ini memaparkan sejarah dan kebudayaan negeri Perlis. Ia merupakan tempat yang bagus untuk belajar tentang warisan negeri ini.
8. Ladang Anggur Perlis
Melawat ladang anggur di Titi Chai atau Tasik Timah Tasoh adalah pengalaman unik. Pengunjung dapat melihat ladang anggur dan membeli produk segar.
9. Pantai Kuala Perlis
Sesuai untuk menikmati makanan laut segar sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah.
10. Tasik Timah Tasoh
Tasik buatan dengan pemandangan indah, sesuai untuk memancing, berkhemah, dan fotografi.
Selain itu juga anda juga boleh memasuki kawasan Tasoh Lake Resort pada waktu malam untuk berekreasi kerana disana terdapat pelbagai sajian persembahan api, dan persekitaran yang dihiasai dengan cahaya yang bergemelapan yang sangat memukau.
KESIMPULANNYA,
Tempat-tempat ini sesuai untuk pelbagai jenis percutian, sama ada bersama keluarga, rakan, atau secara solo!
Kepada Pengunjung-pengunjung juga boleh mengambil peluang untuk menikmati shawarma yang sedap dan dan padu di Shawarma Deen dan menu menu lain berpandukan lokasi berikut https://maps.app.goo.gl/D52YsaYLrYRrju9bA?g_st=com.google.maps.preview.copy
